Khamis, 1 Januari 2015 | 1:18pm
POLIS Nasional Indonesia membawa beberapa serpihan besar bangkai Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di Pelabuhan Kumai Utara, Pangkalan Bun, Indonesia, hari ini. - Foto EPA

QZ8501: Ratusan anggota tentera, polis sambut empat jenazah di Surabaya

JAKARTA: Empat kereta jenazah dan ratusan anggota perajurit Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan Polis Republik Indonesia (Polri) ditempatkan di Pangkalan Udara Angkatan Laut Juanda sempena majlis penerimaan jenazah penumpang AirAsia Indonesia QZ8501.

Kesemua kenderaan jenazah itu didatangkan khas dari Garnisun, TNI Angkatan Laut, Marinir dan Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI).

"Jangkaan awal, mereka akan mendarat di Pangkalan Operasi kira-kira 11.38 pagi waktu tempatan," kata Komandan Pusat Penerbangan Angkatan Laut Juanda, Laksamana Pertama Sigit Setianta, hari ini.

Sigit berkata, keempat-empat jenazah itu akan dibawa menggunakan Hercules C130 milik TNI Angkatan Laut dari Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.

Sambutan penerimaan jenazah akan dihadiri oleh Gabenor wilayah Jatim Soekarwo serta pegawai tertinggi TNI Jawa Timur. - Detik.com

Berita Harian X