Rabu, 31 Disember 2014 | 8:12pm

Van Gaal percaya 2015 beri Man United wajah baharu


PENGURUS Manchester United, Louis Van Gaal (kiri) bersama Ryan Giggs ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris pada 28 Disember lalu. - Foto EPA

MANCHESTER: Louis van Gaal memberitahu penyokong tegar Manchester United bahawa 2015 akan menjadi tahun untuk dikenang dari sudut positif.

The Devils akan menentang Stoke City dalam perlawanan pusingan kedua, Liga Perdana Inggeris di Stadium Britania, esok

"Kami meningkat setiap minggu dan kami akan bertambah baik pada 2015....tunggu dan lihat," kata Van Gaal.

"Kami masih dalam proses dan saya berasa pemain mengerti falsafah pasukan. Ini antara sebab kami sedang meningkat setiap masa.

"Tapi kami akan lebih baik jika memiliki semula semua pemain dalam senarai kecederaan.

"Saya melihat penyokong kami menakjubkan kerana satu ketika kami bermain 10 perlawanan dan mengutip 13 mata....ini tidak bagus.

"Mereka menyokong kami kerana semangat perjuangan tinggi dalam pasukan saya."

Selepas hampir enam bulan memegang jawatan pengurus pasukan menggantikan David Moyes, Van Gaal kini nampak lebih stabil di Manchester.

Berita Harian X