Ahad, 26 March 2017 | 12:10am

Tentera gabungan serang kubu pemberontak di Yaman


FOTO hiasan.

ADEN: Seramai 16 tentera pemberontak terbunuh manakala 24 lagi cedera dalam serangan udara oleh gabungan pasukan keselamatan diketuai Arab Saudi.

Sumber rasmi tentera berkata, semua pemberontak Houthi itu terbunuh dalam serangan yang dilancarkan ke atas pangkalan udara dan depoh senjata di timur wilayah Hodeida yang mereka kuasai.

Sumber pasukan gabungan pula memberitahu, Hodeida adalah antara sasaran operasi ketenteraan di kawasan yang dikuasai pemberontak.

Semua mangsa yang terbunuh dan tercedera dibawa ke Hospital Tentera Al-Alfi dan Al-Thawra di Hodeida.

Bandar pelaburan Laut Merah ialah pusat transit utama untuk bantuan yang sangat diperlukan Yaman apatah lagi apabila pertempuran semakin kerap berlaku, khususnya pasukan gabungan yang memerangi pemberontak Syiah.

- AFP

Berita Harian X