Rabu, 31 Disember 2014 | 5:38pm

Borang A tidak lagi disediakan kepada majikan miliki lebih 20 pekerja

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak lagi menyediakan 'Borang A' yang siap dicetak kepada majikan yang mempunyai pekerja melebihi 20 orang, berkuat kuasa 1 Januari 2015.

Justeru, majikan perlu mengemukakan butiran sumbangan bulanan menerusi kemudahan e-Caruman, kata KWSP dalam satu kenyataan hari ini. "e-Caruman ialah kemudahan dalam talian yang disediakan menerusi i-Akaun dilaman web myEPF (www.kwsp.gov.my). Majikan boleh mengaksesnya pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja secara lebih selamat dan menjimatkan masa.

"Majikan yang mahu menggunakan kemudahan e-Caruman perlu mendaftar untuki-Akaun," katanya.

Penyerahan butiran sumbangan KWSP pekerja secara dalam talian menerusi e-Caruman juga dapat mengurangkan kesilapan, sekali gus meningkatkan kecekapan operasi dan keberkesanan kos selain memastikan perkreditan segera sumbangan ke dalam akaun KWSP pekerja.

- BERNAMA

Berita Harian X