Jumaat, 24 March 2017 | 10:00pm

Patung marmar purba dilelong


PATUNG marmar purba dilelong harga mencecah RM12.9 juta. - Foto AP

NEW YORK: Ia mungkin kecil tetapi berkuasa, dan nilainya mungkin mencecah AS$3 juta (RM12.9 juta).

Agensi lelong Christie dalam satu pengumuman hari ini, ukiran patung marmar setinggi sembilan inci yang dipanggil Guennol Stargazer, akan dilelong di New York pada 28 April depan.

Patung wanita zaman Turki purba itu dianggarkan berusia kira-kira 3,000 hingga 2,200 Sebelum Masehi (SM). Dipercayai patung itu ada kaitan dengan kesuburan.

Kira-kira 15 patung yang hampir lengkap ditemui. Pelelong berkata, patung ini, seperti kebanyakan yang ditemui, mempunyai kesan cedera di leher, dipercayai 'dibunuh' dalam upacara khas sebelum ditanam.

Ia mempunyai mata seperti butang, hidung leper seperti lobak, tubuh berbentuk buah pear; dan tiada dada.

Patung itu, yang didapati dari koleksi pengumpul persendirian, pernah dipinjamkan kepada The Metropolitan Museum of Art beberapa kali. - AP

Berita Harian X