Selasa, 26 Ogos 2014 | 10:59am
SEORANG pemandu bas ekspres maut manakala dua penumpang cedera dalam kemalangan bas berkenaan dengan sebuah treler di Kilometer 304 Lebuh raya Utara Selatan dekat Gopeng, kira-kira jam 6.30 pagi tadi. - Foto Asrizal Aris

Pemandu bas maut, dua penumpang cedera nahas dekat Gopeng

KAMPAR: Seorang pemandu bas ekspres maut manakala dua penumpang cedera dalam kemalangan bas berkenaan dengan sebuah treler di Kilometer 304 Lebuh raya Utara Selatan dekat Gopeng, kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, pemandu bas Mansor Shaari, 54, meninggal dunia di tempat kejadian selepas bas dipandunya melanggar treler yang sedang bergerak di lorong kiri lebuh raya itu.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Ng Kong Soon berkata, siasatan awal mendapati bas yang dari arah Kuala Lumpur ke Ipoh itu didapati hilang kawalan dan melanggar belakang treler berkenaan.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kampar untuk bedah siasat manakala kesemua penumpang yang cedera dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan.

Beliau berkata, keadaan lebuh raya ketika kejadian agak licin berikutan hujan.

Berita Harian X