Selasa, 30 Disember 2014 | 8:56pm
ANGGOTA penyelamat menurunkan penumpang pesawat AirAsia Zest. - Foto Twitter

Pesawat AirAsia Zest terbabas ketika mendarat di Kalibo, Filipina


ANGGOTA penyelamat menurunkan penumpang pesawat AirAsia Zest. - Foto Twitter

KUALA LUMPUR: Pesawat Airbus A320 Z2272 milik AirAsia Zest dilaporkan terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kalibo, Filipina kira-kira jam 5.41 petang tadi.

Pesawat yang membawa 153 penumpang dan enam anak kapal yang berlepas daripada Lapangan Antarabangsa Manila pada jam 4.58 petang itu terbabas ketika mendarat dalam cuaca buruk yang melanda pulau peranginan berkenaan.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Pesawat berkenaan terbabas dan melekat di permukaan berumput dekat hujung landasan.

Sebahagian daripada kepentingan syarikat penerbangan domestik itu dimiliki AirAsia Filipina.

Berita Harian X