Isnin, 20 March 2017 | 9:33am
Rumah rehat Pejabat Daerah Limbang musnah terbakar, malam tadi. - Foto Ihsan Bomba

Rumah rehat terbakar

LIMBANG: Rumah rehat Pejabat Daerah Limbang di Tasik Mas musnah terbakar, malam tadi.

Bagaimanapun, empat kenderaan rasmi Pejabat Daerah Limbang sempat diselamatkan anggota bomba dan penyelamat dalam kejadian jam 9.56 malam itu.

Pemangku Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Limbang, Naufal Abdullah, berkata 43 anggota bomba dan penyelamat dibantu beberapa agensi lain serta penduduk setempat bekerjasama memadam kebakaran berkenaan.

"Kami terpaksa menggunakan air yang dipam dari Tasik Mas dan Sungai Limbang untuk memadam kebakaran itu.

"Api dapat dikawal sepenuhnya jam 11.07 malam dan tiada kecederaan dilaporkan," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, dua penghuni berada di rumah rehat berkenaan ketika kejadian dan punca kebakaran serta kerugian masih disiasat.

Berita Harian X