Sabtu, 18 March 2017 | 12:52pm
ANGGOTA bomba menangkap seekor ular sawa yang baru menelan seekor ayam di Trong, Taiping pagi tadi. - Foto ihsan Bomba

Ular sawa telan ayam ditangkap Bomba


ANGGOTA bomba menangkap seekor ular sawa yang baru menelan seekor ayam di Trong, Taiping pagi tadi. - Foto ihsan Bomba

TAIPING: Seekor ular sawa berukuran 3.5 meter yang kekenyangan selepas menelan seekor ayam ditangkap di dalam sebuah reban ayam di Kampung Tebok, Trong, dekat sini, pagi tadi.

Kehadiran ular sawa itu disedari pemilik ayam itu kira-kita jam 9.05 pagi ketika pergi ke reban berkenaan dan melihat reptilia itu sedang menelan unggas ternakannya itu.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Penguasa Bomba Kanan II Rahimi Basirun, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.10 pagi dan sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.

"Sebaik tiba, kami mendapati ada seekor ular sawa dengan berat kira-kira 13 kilogram melingkar dalam reban ayam itu.

"Anggota berjaya menangkap ular itu dengan menggunakan penjerut khas dalam masa lima minit," katanya.

Rahimi berkata, ular itu kemudian dilepaskan di kawasan hutan yang jauh dari penempatan penduduk.

Berita Harian X