Isnin, 13 March 2017 | 1:42pm

Presiden Honduras dicalonkan semula bertanding


PRESIDEN Honduras, Juan Orlando Hernandez. - Foto Reuters

TEGUCIGALPA: Presiden Honduras, Juan Orlando Hernandez semalam mendakwa dipilih sebagai calon parti untuk bertanding dalam pilihan raya presiden November ini.

Dengan hanya 9.6 peratus undi dikira, tribunal pilihan raya negara berkata, Hernandez, 48, sudah memenangi 92.9 peratus undi setakat ini, untuk menjadi calon Parti Kebangsaan.

Saingannya, Roberto Castillo yang mengaku kalah pada Ahad selepas keputusan awal diumumkan, berkata beliau akan menyokong pemilihan semula Hernandez, isu paling kontroversi ketika ini.

Hernandez, sekutu rapat Amerika Syarikat, berjanji untuk mengekalkan dasar tegas terhadap jenayah terancang yang membantu menurunkan kes pembunuhan, walaupun mendapat kritikan daripada aktivis hak asasi manusia.

Reuters

Berita Harian X