Ahad, 12 March 2017 | 7:18am

Turki tutup Kedutaan Belanda


PENDUDUK Turki di Belanda mengibarkan bendera ketika berarak di luar Konsulat Turki di Rotterdam. - Foto AFP

ANKARA: Pihak berkuasa Turki menutup Kedutaan Belanda dan konsulatnya, kata sumber Kementerian Luar Turki semalam, ketika pertikaian antara dua negara berhubung kempennya di Eropah, memuncak.

Turki juga menutup kediaman Duta Belanda, wakil diplomatik dan ketua konsul ketika ketegangan antara rakan kongsi NATO itu memuncak selepas kerajaan Belanda melarang Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu daripada terbang ke Rotterdam.

Terdahulu, NOS News melaporkan, Menteri Keluarga Turki Fatma Betul Sayan Kaya dihalang polis Belanda daripada memasuki konsulatnya di Rotterdam. - Reuters

Berita Harian X