Khamis, 9 March 2017 | 4:31pm

MAPEX khusus untuk pembeli Bumiputera


PENGERUSI Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Jenny Wang Lee Peng (dua dari kanan) pada sidang media di Seremban, hari ini. - Foto Adzlan Sidek

SEREMBAN: Sebanyak 1,117 unit rumah bernilai RM916.8 juta akan dijual dalam Ekspo Hartanah dan Perumahan (MAPEX) Bumiputera di sini, minggu hadapan.

Ekspo pada 18 dan 19 Mac ini di pusat beli-belah Seremban Prima, adalah kali pertama anjuran Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Negeri Sembilan.

Pengerusi, Jenny Wang Lee Peng, berkata MAPEX memang biasa diadakan setiap tahun, tetapi untuk kali pertama REHDA membuat pengkhususan terhadap pasaran perumahan dan hartanah Bumiputera.

Katanya, penganjuran ekspo ini yang disertai oleh 13 pemaju perumahan dan juga Bank Simpanan Nasional (BSN) membolehkan REHDA membantu meningkatkan pemilikan kediaman golongan Bumiputera di negeri ini," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, REHDA juga ingin membantu pemaju perumahan Bumiputera untuk mempromosikan hartanah khusus untuk pembeli Bumiputera, sekali gus menggalakkan pemilikan hartanah golongan Bumiputera.

Sepanjang ekspo itu, katanya pelbagai promosi ditawarkan seperti pemberian emas hingga 100 gram, diskaun antara tujuh hingga 10 peratus dan yuran guaman percuma.

20 dibaca
Berita Harian X