Selasa, 7 March 2017 | 7:27am

Kumpulan sertai kempen anti-Israel kena tindakan


KUMPULAN BDS anti-Israel di Montreal, Kanada. - Foto ihsan https://bccla.org

JERUSALEM: Parlimen Israel, semalam meluluskan undang-undang melarang kemasukan warga asing yang menyokong kempen anti-Israel.

"Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini kempen supaya memulaukan Israel semakin meningkat.

"Ia seolah-oleh satu kaedah terbaharu peperangan menentang Israel, dan kita masih belum bersedia untuk menghadapinya," kata Parlimen dalam kenyataan yang disiarkan di laman web sebaik sahaja undang-undang itu diluluskan.

Menurut undang-undang baharu itu, individu atau wakil kumpulan yang menyeru kempen itu, termasuk warga Israel dan penduduk tetapnya tidak akan diberikan visa untuk masuk ke Israel.

Bagaimanapun, tidak didedahkan tarikh penguatkuasaan polisi baharu itu, namun ia akan memberikan beberapa pengecualian.

Undang-undang itu diluluskan dengan 46 undi menyokong mengatasi 28 undi membantah.

Israel mengutuk gerakan kumpulan seperti Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) yang membantah polisi negara itu terhadap rakyat Palestin. - Reuters

Berita Harian X