Isnin, 6 March 2017 | 7:34pm

Laluan bekalan penting ke kubu Daesh disekat

BEIRUT: Tentera pejuang yang disokong Amerika Syarikat di Syria hari ini menyekat laluan bekalan penting antara kubu kuat Daesh di Raqa dan kawasannya di wilayah Deir Ezzor.

Tentera Demokratik Syria (SDF), pakatan pejuang Kurdis dan Arab, merampas penguasaan satu-satunya jalan utama yang menghubungkan Raqa di sepanjang lembah Furat ke Deir Ezzor, kata kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR).

"Laluan itu yang menghubungkan Raqa dengan Deir Ezzor disekat pagi ini," kata komander SDF.

SDF melancarkan serangan ke atas Raqa, ibu kota sementara bagi Daesh di Syria, sejak awal November dan merampas sebahagian besar wilayah di utara Syria daripada militan itu.

Ia melancarkan serangan besar-besaran terhadap wilayah Deir Ezzor yang kaya dengan minyak bulan lalu, dalam usaha mengepung militan di Raqa.

Wilayah itu terletak di timur Raqa dan hampir keseluruhannya dikuasai Daesh. Militan juga menguasai hampir keseluruhan ibu negeri wilayah itu, dan memerangi tentera rejim yang mahu menawan semula bandar raya itu.

Gabungan SDF yang dianggotai sebahagian besar Unite Perlindungan Rakyat Kursidh (YPG), mendapat sokongan udara, peralatan dan latihan daripada pakatan sekutu diketuai Amerika Syarikat, yang melancarkan serangan udara terhadap kubu Daesh di Syria dan negara jiran Iraq sejak 2014. - AFP

Berita Harian X