Ahad, 28 Disember 2014 | 3:57pm
ANTARA entri di laman Twitter Tony Fernandes mengenai pesawat QZ8501.

QZ8501 Hilang: CEO AirAsia minta syarikat kekal tabah

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes mahu anak syarikat itu kekal tabah berikutan kehilangan pesawat QZ8501 ketika dalam penerbangan dari Surabaya, Indonesia ke Singapura, pagi tadi.

Menerusi laman sosial Twitternya, beliau berkata satu kenyataan mengenainya akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat.

Beliau turut berharap semua pihak mendoakan kesejahteraan 162 penumpang dan anak kapal pesawat itu.

Sementara itu, dalam satu kenyataan kemudian, Tony berkata beliau dalam perjalanan ke Surabaya dan akan memberikan maklumat lanjut apabila diperoleh.

"Dalam perjalanan ke Surabaya iaitu tempat asal kebanyakan penumpang serta pengurusan Indonesia saya," katanya.

AirAsia dalam satu kenyataan lain menjelaskan pesawat yang hilang adalah Airbus A320-200 dan operasi mencari dan menyelamat sedang digerakkan.

11 dibaca
Berita Harian X