Isnin, 6 March 2017 | 12:34pm
- Gambar hiasan

Budak 6 tahun lemas dalam kolam renang

SEREMBAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun lemas kolam renang dalam sebuah rumah kelab di sini, petang semalam.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian jam 6 petang itu, beberapa pengunjung melihat mayat mangsa terapung di kolam itu.

"Siasatan awal mendapati, mangsa datang ke rumah kelab itu bersama ahli keluarga untuk makan malam. Polis masih menyiasat bagaimana kanak-kanak itu pergi ke kolam renang berkenaan," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat, manakala kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Berita Harian X