Sabtu, 4 March 2017 | 11:08am

Ibrahimovic sedia julang United ke era gemilang - Mourinho

JOSE Mourinho dan Zlatan Ibrahimovic. - Foto Isoccerng

MANCHESTER: Zlatan Ibrahimovic seakan sudah bersedia untuk terus kekal sebagai tonggak Manchester United bagi tahun berikutnya dan membina era gemilang bersama kelab berkenaan, menurut pengurus, Jose Mourinho.

Penyerang dari Sweden berusia 35 tahun itu meledak dua gol ketika menjulang Red Devil ketika menewaskan Southampton di final Piala Liga sekali gus menjadikan 26 gol berjaya dijaringkan pada musim ini.

"Saya rasa Zlatan akan terus jadi pemain penting buat pasukan untuk tahun kedua dan saya fikir dia juga mahu terus kekal.

"Ia tahun yang hebat buatnya. Jumlah jaringan, piala yang dimenangi, sumbangan dan dua kali beraksi di Wembley lebih daripada cukup untuk menyifatkan ia sebagai kejayaan bersama United," katanya.

Mourinho juga yakin Ibrahimovic adalah watak penting buat United ketika usaha memperkukuhkan pasukan.

"Pasukan ini sudah menunjukkan banyak peningkatan. Sesi perpindahan selepas ini akan membawa pasukan ke tahap berbeza kerana kami juga akan cuba membawa masuk beberapa pemain.

"Kami perlu tingkatkan lagi ke tahap seterusnya. Perasaan saya, dia benar-benar bangga dengan dirinya. Jadi saya lihat dia akan kekal," kata Mourinho. - AFP

Berita Harian X