Jumaat, 3 March 2017 | 3:57pm

Carrick bersara jika kontrak tak sambung dengan MU

MICHAEL Carrick. - Foto AP

LONDON: Michael Carrick membayangkan persaraan daripada bola sepak jika 11 tahun kerjayanya di Manchester United tidak dilanjutkan kelab berkenaan.

Pemain tengah berusia 35 tahun itu mendedahkan bahawa dia masih belum berbincang dengan pengurus United, Jose Mourinho mengenai kontrak baharu.

"Saya tidak banyak berbual dengan dia (Mourinho). Jelas sekali bahawa ia akan berlaku secara berperingkat, saya belum memikirkannya dan saya hanya perlu bertenang berkenaan beberapa perkara itu," katanya.

Carrick, yang kontraknya akan berakhir pada penghujung musim ini, sudah beraksi 443 perlawanan dan menjaringkan 24 gol untuk United sejak berhijrah dari Tottenham dengan harga STG18.6 juta pound (RM101 juta) pada tahun 2006.

Dia sudah memenangi lima gelaran Liga Perdana, Piala FA, dua Piala Liga, Liga Juara-Juara dan Piala Kelab Dunia pada zamannya di Old Trafford, malah mengakui ia akan menjadi sukar untuk bermain di tempat lain.

"Saya tidak fikir ada banyak tempat saya mahu bermain, jika ada, selepas ini pula," kata Carrick. "Saya mempunyai masa di sini, saya tidak fikir saya akan pergi ke tempat lain." - AGENSI

Berita Harian X