Khamis, 2 March 2017 | 4:34pm

Harga gula RM2.95 sekilogram

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menetapkan harga baharu bagi gula pasir putih bertapis kasar pada harga RM2.95 sekilogram, berkuat kuasa semalam.

Harga gula sebelum ini ialah RM2.84 sekilogram.

KPDNKK, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan penetapan harga baharu itu dibuat di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) 2017.

"Hal ini adalah disebabkan peningkatan ketara bagi harga gula mentah dunia yang diimport Malaysia.

"Bagaimanapun kerajaan masih mengawal harga terbabit pada paras paling minimum jika dibandingkan dengan kenaikan di negara lain," katanya.

Menurut kenyataan itu, kali terakhir harga gula dikemaskini ialah pada 25 Oktober 2013.

Berita Harian X