Jumaat, 26 Disember 2014 | 3:20pm
PENYANYI era 60-an, Datuk A Rahman Hassan dan pelakon Datin Fadilah Mansor selamat diijab kabulkan. - Foto BERNAMA

A Rahman Hassan-Fadilah Mansor selamat diijab kabul

KUALA LUMPUR: Penyanyi era 60-an, Datuk A Rahman Hassan, 67, sah bergelar suami kepada pelakon, Fadilah Mansor, 54, dengan sekali lafaz, malam tadi.

Pasangan terbabit dinikahkan Imam Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abd Hamid dengan majlis resepsi berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC), di sini, pada jam 9 malam.

Pihak lelaki menerima lima dulang hantaran berupa minyak wangi, sepasang kasut dan sepersalinan pakaian, begitu juga pihak perempuan menerima lima dulang termasuk, sepasang kasut, barangan dandanan diri dan sepersalinan pakaian.

Fadilah menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin berlian.

Majlis pernikahan dan resepsi kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 400 tetamu, termasuk rakan artis antaranya, Uji Rashid, Hail Amir, Black, Datuk DJ Dave, Norlia Ghani, Datuk Jalaludin Hassan, Maznah Hamid dan Datuk Rosnani Jamil.

51 dibaca
Berita Harian X