Selasa, 21 Februari 2017 | 1:13pm

4,459 pesalah trafik DBKL disenaraihitamkan JPJ

KUALA LUMPUR: Seramai 4,459 pesalah trafik yang gagal membayar kompaun tertunggak kesalahan lalu lintas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) disenaraihitamkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), hingga Ahad lalu.

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Khalid Zakaria, berkata kegagalan menjelaskan kompaun berkenaan menyebabkan tindakan mahkamah diambil terhadap pesalah terbabit termasuk mengeluarkan waran tangkap.

Katanya, bagi memudahkan pesalah trafik terbabit menjelaskan kompaun, pihaknya menawarkan kadar kompaun khas serendah RM10 bagi kesalahan pada 2007 hingga 2011, RM20 (2012 hingga 2014) dan RM30 (2016 hingga sekarang).

"Hingga 31 Disember lalu, DBKL mengeluarkan 3.2 juta notis kesalahan tertunggak dan mulai 31 Januari lalu, kami mengeluarkan notis tawaran kompaun kesalahan (notis peringatan) kepada pesalah trafik gagal menjelaskan kompaun berkenaan," katanya dalam satu kenyataan media, di sini hari ini.

44 dibaca
Berita Harian X