Selasa, 21 Februari 2017 | 9:59am
Sebahagian 299 pelatih yang menamatkan latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel Sokongan Siri 1/2016 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Langkawi, hari ini. - Foto Hamzah Osman

299 pelatih PLAK tamat latihan hari ini

Konstabel Sa'adun Jaafar, 29, (kiri) menerima ucapan tahniah daripada Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff pada Majlis Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel Sokongan Siri 1/2016 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Langkawi, hari ini. - Foto Hamzah Osman

LANGKAWI: Seramai 299 pelatih Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel Sokongan Siri 1/2016 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Langkawi di sini, berjaya menamatkan latihan mereka hari ini.

Daripada jumlah itu, seramai 96 orang adalah pelatih wanita.

Terdahulu, mereka yang mengikuti latihan asas selama empat bulan mulai 23 Oktober lalu, diraikan pada majlis perbarisan tamat latihan PLAK yang disempurnakan Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff.

Pada majlis itu, Konstabel Sa'adun Jaafar, 29, diumumkan sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan, sementara Konstabel Siti Nurul Afifah Nazlan, 24, pula Pelatih Terbaik Akademik dan Konstabel Nurull Husnina Norli, 21, sebagai Pelatih Terbaik Latihan Luar.

Yang turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan/Kompetensi) Bukit Aman, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf dan Komandan PULAPOL Langkawi Asisten Komisioner Polis K S Baljeet Singh.

Berita Harian X