Selasa, 21 Februari 2017 | 12:12am

Koleksi abaya ombre


RONA warna, fabrik pastikan pemakai anggun dan sopan

BERFESYEN dan kekal sopan. Konsep ini mencetus pelbagai idea kepada pereka fesyen tempatan untuk menghasilkan pelbagai rekaan bagi memenuhi permintaan.

Lebih menakjubkan aliran pakaian sopan semakin diterima umum sehinggakan jenama besar seperti Dolce & Gabbana tidak ketinggalan menghasilkan koleksi abaya sekali gus mengejutkan industri fesyen.

Fesyen tempatan tidak kurang hebatnya apabila jubah yang biasa dilihat kembang, besar dan berwarna hitam, tetapi kini gayanya dipelbagaikan.

Menarik perhatian adalah jubah ombre. Rona fabrik menjadikan si pemakai kelihatan anggun dan sopan.

Jika ia dipadankan dengan warna kulit jubah ombre ini mampu menyerlahkan penampilan anda. Sungguhpun jubah ombre ini tidak bercorak tetapi gabungkan warna yang dipadankan cukup menarik.

Jubah moden

Potongan jubah moden dengan mengekalkan ciri-ciri sopan. Dalam pemakaian jubah, fabriknya memainkan peranan sangat penting.

Sebagai contoh penggunaan fabrik lycra dikhuatiri akan melekap pada badan sekali gus menampakkan susuk tubuh atau fabrik baldu pula tidak sesuai dengan cuaca kerana terlalu tebal dan panas.

Jubah ombre jenama Cirgaro ini menggunakan fabrik satin supaya penggunaannya lebih selesa. Potongan puteri dan alunan kainnya yang kembang bawah menyerlah sisi kewanitaan seseorang.

Gayanya yang ringkas sesuai digayakan untuk pelbagai jenis majlis dengan tema minimal. Ia juga tidak keterlaluan untuk gaya santai.

INFO

Teknik penghasilan ombre

- Teknik semburan warna.

- Asal cetusan ombre ini mula diaplikasikan pada gaya rambut.

- Rambut yang beralun atau dikerintingkan akan menyerlahkan lagi rona ombre terbabit.

- Celupan ombre ini dipelbagaikan.

Berita Harian X