Isnin, 20 Februari 2017 | 11:28pm

Tentera udara Turki bunuh 34 militan PKK


SEKURANG-kurangnya 34 militan terbunuh selepas dua pesawat pejuang Turki melancarkan serangan udara berasingan di kubu Parti Pekerja Kurdistan (PKK) di utara Iraq hari ini. - Foto Daily News

ANKARA: Sekurang-kurangnya 34 militan terbunuh selepas dua pesawat pejuang Turki melancarkan serangan udara berasingan di kubu Parti Pekerja Kurdistan (PKK) di utara Iraq hari ini, kata sumber tentera.

Dalam satu kenyataan, pihak tentera menyebut serangan yang mensasarkan wilayah Zap Iraq dilakukan selepas tengah malam dan petang.

Militan PKK yang memberontak sejak tiga dekad di kawasan tenggara Turki itu mempunyai kem di kawasan pergunungan di utara Iraq.

Kawasan itu menjadi sasaran pesawat pejuang Turki sejak gencatan senjata gagal dua kali pada 2015.

Turki menyalahkan PKK terhadap beberapa serangan bom maut di beberapa bandar di negara itu tahun lalu.

Malah negara itu bersama Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU) melabelkan ia pertubuhan pengganas. - REUTERS

Berita Harian X