Isnin, 20 Februari 2017 | 1:55pm

7 disyaki ahli kongsi gelap ditahan ikut POCA


TUJUH lelaki dikenakan perintah tahanan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 hari ini selepas disyaki terbabit dalam kegiatan jenayah dan kongsi gelap. - Foto Amran Hamid

ALOR SETAR: Tujuh lelaki dikenakan perintah tahanan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 hari ini selepas disyaki terbabit dalam kegiatan jenayah dan kongsi gelap.

Perintah tahanan selama 21 hari bermula hari ini dikeluarkan Majistret Mohd Hafizuddin Ramli, selepas semua tujuh lelaki berusia antara 20 hingga 50 tahun itu dibawa ke mahkamah pagi ini.

Terdahulu, semua semua tiba di perkarangan Mahkamah Majistret di sini kira-kira jam 11.40 pagi, sebelum disusuli permohonan perintah tahan mengikut Seksyen 4(1)(a) POCA 1959 dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Naizatul Zima Tajuddin.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk Mohd Nashir Ya, ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan ke atas tujuh suspek di sekitar Kuala Muda dan Kulim baru-baru ini, bagaimanapun tidak mengulas lanjut.

Beliau berkata, kenyataan media mengenai tangkapan itu dijangka dikeluarkan dalam masa terdekat.

Berita Harian X