Sabtu, 18 Februari 2017 | 8:46pm

Najib kongsi kemenangan BN

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional (BN), Puan Sri Jamilah Anu, atas kejayaan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu.

"Tahniah calon @barisanasional, Puan Sri Jamilah Anu yg dipilih pengundi Tanjong Datu sbg wakil mereka. Pilihan trbaik terus bawa pembangunan," katanya dalam tweet menerusi akaun Twitter rasminya, sebentar tadi.

Jamilah memperoleh 6,573 undi, jauh meninggalkan dua pencabar iaitu Rapelson Richard Hamit dari Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) yang sekadar mendapat 130 undi dan Johnny Aput mewakili Parti Reformasi Negeri (STAR) Sarawak memperoleh 108 undi.

Dengan kemenangan itu, Jamilah menang dengan majoriti 6,443 undi, berbanding 5,892 undi yang dimenangi Allahyarham suaminya yang juga bekas Ketua Menteri, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Berita Harian X