Jumaat, 17 Februari 2017 | 7:36pm

DRB-HICOM beli 51 peratus kepentingan dalam DKSB

KUALA LUMPUR: HICOM Bhd, anak syarikat tidak langsung DRB-HICOM Bhd memeterai perjanjian jualan saham dengan MRCB Engineering Sdn Bhd membeli 51 peratus kepentingan ekuiti dalam Dekad Kaliber Sdn Bhd (DKSB) sebanyak RM7 juta.

DRB-HICOM berkata, cadangan pengambilalihan itu membolehkannya mempunyai lebih kawalan ke atas pembangunan kompleks imigresen, kastam, kuarantin dan keselamatan di Kedah.

"Cadangan pembelian itu akan dibiayai melalui dana dalaman DRB-HICOM," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Ketika baki 49 peratus pegangan ekuiti dalam DKSB kini dimiliki anak syarikat tidak langsung DRB-HICOM, iaitu HICOM Builders Sdn Bhd, pegangan kumpulan itu dalam DKSB dinaikkan kepada 100 peratus selepas eksesais itu selesai. - BERNAMA

19 dibaca
Berita Harian X