Jumaat, 17 Februari 2017 | 9:30am
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung Tengah Sungai berpindah ke Pusat Pemindahan Banjir SK Sejijak. -Foto ihsan Jabatan Bomba Dan Penyelamat
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung Tengah Sungai berpindah ke Pusat Pemindahan Banjir SK Sejijak. -Foto ihsan Jabatan Bomba Dan Penyelamat

3 pusat pemindahan banjir masih aktif di Sarawak

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung Tengah Sungai berpindah ke Pusat Pemindahan Banjir SK Sejijak. -Foto ihsan Jabatan Bomba Dan Penyelamat

KUCHING: Keadaan banjir di beberapa kawasan di Kuching dan Samarahan mulai pulih pagi ini, namun 221 mangsa masih ditempatkan di pusat pemindahan.

Sehingga jam 8 pagi ini, 79 keluarga masih menghuni tiga pusat pemindahan iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sejijak di Kuching serta SK St Peter dan Dewan Suarah Samarahan di Samarahan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, berkata di SK St Peter menempatkan 111 mangsa banjir dari Kampung Simpok.

"Seramai 34 mangsa dari Kampung Tengah Sungai pula ditempatkan di SK Sejijak manakala Dewan Suarah Samarahan pula menempatkan 76 mangsa dari Kampung Tanjong Bundong," katanya.

Beliau berkata, mangsa dijangka balik ke kediaman masing-masing hari ini berikutan keadaan cuaca yang semakin baik.

Berita Harian X