Rabu, 15 Februari 2017 | 6:05pm
epa04810676 Spanish National Team's player Alicia Magaz controls the ball against South Africa during their Women's Field Hockey World League's semifinal series match at Virgen del Carmen-Betero sport complex, in Valencia, eastern Spain, 20 June 2015. EPA/Kai FoersterlingKai Foersterling

6 negara sertai hoki Piala Sultan Azlan Shah

IPOH: Enam negara bakal menyertai kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-25, di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di sini, pada 27 April hingga 6 Mei ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Piala Sultan Azlan Shah, Datuk Abd Rahim Mohd Ariff, berkata negara berkenaan ialah Australia, India, Jepun, New Zealand, Malaysia dan Britain.

Katanya, Pakistan tidak menyertai kejohanan kali ini selepas tujuh pasukan mengambil bahagian pada tahun lalu.

"Kebanyakan pasukan berada dalam kelompok 10 terbaik dunia dengan Australia adalah pasukan nombor satu dunia, selain Britain (4), India (6), Malaysia (13) dan Jepun (16), " katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Konfederasi Hoki Malaysia, K Logan Raj berkata sasaran Malaysia kali ini adalah untuk berada tempat empat teratas.

"Tahun lalu Malaysia mendapat tempat kelima dan kita harapkan tahun ini pasukan negara sekurang-kurangnya akan mendapat tempat keempat.

"Perlawanan ini amat penting untuk Malaysia kerana ia akan menjadi persiapan untuk Kejohanan Liga Dunia dan Piala Dunia," katanya.

BERNAMA

Berita Harian X