Selasa, 14 Februari 2017 | 8:04am
HSIEN Lin Hsu mengaku bersalah menyeludup penyu di Mahkamah Persekutuan di Brooklyn. - Sumber nydailynews.com

Mengaku salah seludup penyu

NEW YORK: Seorang lelaki mengaku bersalah menyeludup penyu diancam kepupusan dari Hong Kong dengan menyembunyikan haiwan itu dalam stokin dan kotak yang dilabelkan sebagai 'snek.'

Bagaimanapun, Hsien Lin Hsu, 46, semalam, memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan di Brooklyn.

Lin Hsu ditahan tahun lalu selepas ejen persekutuan di Lapangan Terbang Kennedy memintas lima kotak mengandungi penyu yang dialamatkan kepadanya.

Sebanyak 135 lagi penyu ditemui di rumahnya.

Sementara itu, kumpulan pemuliharaan hidupan liar berkata, penyu eksotik amat bernilai di China dan beberapa negara lain khusus dalam kalangan penggemar hidangan penyu serta pengumpul haiwan itu. - AP

Berita Harian X