Isnin, 22 Disember 2014 | 10:51pm
TERGELINCIR... Seorang kanak-kanak lelaki berumur sembilan tahun mati setelah terjatuh dari tingkat sembilan, Flat Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam di sini petang ini. - Foto BERNAMA

Kanak-kanak maut jatuh dari tingkat 9

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berumur sembilan tahun maut setelah terjatuh dari tingkat sembilan, Flat Taman Bukit Angkasa, Jalan Bukit Angkasa, Pantai Dalam, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Muhammad Azlee Abdullah, berkata dalam kejadian 4.30 petang itu, kanak-kanak itu dipercayai pergi ke balkoni untuk mengambil seliparnya namun terjatuh akibat tergelincir.

"Ketika kejadian ibu mangsa difahamkan tiada di rumah kerana sedang bekerja. Mangsa yang juga anak tunggal, tinggal bersama ibunya. Ibu dan bapanya sudah bercerai," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, mayat kanak-kanak itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.

"Siasatan forensik mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

- BERNAMA

Berita Harian X