Isnin, 13 Februari 2017 | 12:01am

Kebakaran hutan di Australia makin teruk

KEBAKARAN hutan di New South Wales Australia. - Foto AFP

SYDNEY: Penduduk di beberapa kawasan pedalaman di New South Wales Australia dipindahkan ketika kebakaran hutan berterusan di seluruh negeri itu sehingga mengancam rumah dan memaksa jalan ditutup.

Perkhidmatan Bomba Luar Bandar memaklumkan kira-kira 97 kebakaran dilaporkan di seluruh negeri itu dengan 37 daripada berjaya dikawal.

Menurut pihak berkuasa, seorang mangsa diterbangkan ke hospital di Sydney selepas melecur.

Satu gelombang haba menyaksikan suhu di beberapa kawasan mencecah paras tinggi manakala angin kuat dari kawasan gurun menyebabkan api makin memarak.

Lebih 2,000 anggota bomba, kebanyakan sukarelawan, bertungkus lumus memadamkan kebakaran itu.

Pegawai penyelamat berkata situasi ketika ini lebih buruk berbanding kebakaran pada 2009 di Victoria yang mengorbankan 173 nyawa. - BBC News

Berita Harian X