Ahad, 12 Februari 2017 | 11:51am

66 peratus mengundi setakat 10 pagi


SEBANYAK 66 peratus daripada 188 pengundi awal menunaikan tanggungjawab mereka mengundi setakat jam 10 pagi tadi. - Foto Nadim Bokhari

LUNDU: Sebanyak 66 peratus daripada 188 pengundi awal menunaikan tanggungjawab mereka mengundi setakat jam 10 pagi tadi.

Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata jumlah pengundi kini semakin meningkat dan dijangka selesai sepenuhnya sebelum jam 5 petang ini.

Untuk pengundian awal hari ini, SPR membuka dua pusat mengundi iaitu di Dewan Masyarakat Lundu di Kampung Sungai Lundu dan Dewan ULS Kem Sempadi yang masing-masing menyediakan satu saluran mengundi.

Hari pengundian bagi PRK Tanjong Datu adalah pada 18 Februari ini.

PRK Tanjong Datu yang membabitkan pertembungan tiga penjuru diadakan selepas penyandangnya Allahyarham Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia 11 Januari lalu.

Barisan Nasional (BN) diwakili Puan Sri Jamilah Anu manakala Parti Reformasi Negeri (STAR) diwakili Johnny Aput dan Rapelson Richard Hamit mewakili Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB).

Berdasarkan senarai terkini pengundi berdaftar yang dikeluarkan SPR, Tanjong Datu mempunyai 9,959 dengan lebih separuh adalah pengundi Melayu.

Berita Harian X