Jumaat, 10 Februari 2017 | 9:58pm

Zii Jia mara separuh akhir badminton Thailand Masters


PEMAIN perseorangan lelaki muda negara, Lee Zii Jia. - Foto Mohd Fadli Hamzah

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki muda negara, Lee Zii Jia menjadi wakil tunggal negara yang meneruskan cabaran dalam saingan Thailand Masters 2017 hari ini apabila melakar kejutan apabila mara ke separuh akhir.

Lebih manis, kejayaan itu hadir selepas dia menumbangkan pilihan nombor satu dari Thailand, Tanongsak Saensomboonsuk 21-18, 21-12 dalam aksi suku akhir yang berlangsung selama 38 minit di Stadium Nimibutur, Bangkok.

Zii Jia akan membuat perhitungan dengan seorang lagi pemain Thailand, Kantaphon Wangcharoen bagi perebutan tempat ke pentas final, esok.

Sementara itu, nasib berbeza dialami pemain perseorangan wanita negara, Sonia Cheah apabila terkandas di suku akhir selepas tewas kepada pilihan pertama dari Thailand, Busanan Ongbamrungphan 7-21, 18-21.

Turut menerima nasib sama ialah beregu lelaki negara, Chooi Kah Ming-Low Juan Shen yang tunduk di tangan pasangan Thailand, Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh 18-21, 17-21.

Berita Harian X