Jumaat, 10 Februari 2017 | 12:01am

Rawatan frekuensi radio lambatkan penuaan

UMUR saya baru berusia 36 tahun. Apa yang merisaukan, sejak enam bulan lalu saya dapati sudah ada garis halus pada dahi dan kulit berasa sedikit kering.

Keadaan ini menyebabkan saya kurang selesa dan tidak yakin untuk berdepan dengan orang.


BERTINDAK tembusi lapisan luar kulit sebelum menyalurkan tenaga haba kepada otot dan tisu. - Foto hiasan

Puteri Khadijah Aishah,
Subang Jaya, Subang.

Proses penuaan ibarat serampang dua mata. Seiring dengan peningkatan usia, sukar bagi kita untuk menolak aspek fizikal yang makin mendekati penuaan.

Kulit mengendur dan kehilangan kolagen yang menghantui kita saban pagi ketika membelek di cermin, manakala selulit berterusan menakluki beberapa bahagian tubuh.

Menerusi perkembangan perubatan estetik, aspek penuaan dibimbangi itu,mampu dilengahkan. Dengan jangka hayat boleh mencecah hingga 80 tahun hari ini, pastinya kita bukan saja ingin dilihat kekal muda bahkan sihat selama hidup.

Penggunaan Frekuensi Radio Multipolar dan Teknologi Terapi Nadi Magnet (Magnetic Pulse Therapy), Venus Legacy SculptFx (R) boleh menyebabkan sintesis kolagen , penguncupan dan percambahan fibrolast yang terhasil menerusi sebaran haba matriks padat seragam seragam ke kawasan bermasalah.

Ciri selesa dan selamat dimiliki menyebabkan Venus Legacy SculptFx(R) mengungguli rawatan frekuensi radio, bukan saja di Amerika Syarikat bahkan seluruh dunia.

Memahami terapi frekuensi radio (RF)

Penggunaan tenaga RF untuk tujuan perubatan sudah dipraktikkan sejak 90 tahun kebelakangan ini dan kebanyakannya membabitkan pembedahan kecil.

Secara amnya, RF bertindak dengan menembusi lapisan luar kulit sebelum menyalurkan tenaga haba kepada otot dan tisu di bawahnya. Haba ini yang merangsang pengeluaran kolagen dan menyebabkan tisu mengecut lalu menghasilkan kulit lebih cerah, tegang namun pada masa sama mengurangkan kedutan dan kulit menggeleber.

Populariti rawatan laser RF semakin meningkat kerana tidak menyebabkan kesakitan dan mudah. Majoriti pesakit mendakwa mengalami keselesaan dan sensasi menenangkan sepanjang prosedur, sama seperti kesan urutan yang lembut.

Rawatan yang mengambil masa kira-kira 30 hingga 40 minit boleh dilakukan sewaktu anda berehat ketika makan tengah hari atau dalam selang tempoh janji temu.

Apa yang patut dijangkakan?

Sebelum menjalani rawatan, doktor terlebih dahulu akan menyapu selapisan gliserin tulen pada bahagian muka atau badan yang bakal dirawat. Perawatan bermula apabila peranti yang menyalurkan tenaga RF diletakkan pada bahagian ingin diberi rawatan.

Bahagian yang menjalani rawatan itu akan menjadi sedikit kemerahan untuk beberapa ketika. Sebaik selesai, kulit akan menjadi tegang dan berwajah baharu serta menjadi lebih baik untuk minggu-minggu berikutnya.

Kekerapan rawatan bergantung kepada usia dan tahap permasalahan seseorang pesakit. Justeru, pesakit disyorkan melakukan rawatan awal sebelum kulit mengendur dan keadaannya menjadi sangat drastik.

Hasil rawatan mampu bertahan untuk tempoh enam bulan hingga dua tahun bergantung kepada keadaan pesakit. Namun, bagi yang mula awal mendapat lebih manfaat. Untuk satu jangka masa yang panjang, kulit mereka menjadi lebih baik dan jauh lebih menawan berbanding rakan seusia yang tidak pernah mendapatkan rawatan berkenaan.

Venus Legacy SculptFx(R) & Liftfx

Ia adalah peranti pertama mendapat kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) untuk menggunakan 4D (TM). Menerusi teknologi dengan gabungan Frekuensi Radio MultiPolar (RF), Medan Magnet Elektro Nadi (Pulse Electro Magnetic Fields (PEMF) dan teknologi VariPulse(TM) (VP) di samping maklum balas RealTime Thermal, Venus Legacy(TM) menawarkan perawatan selesa dan mampu untuk kulit kendur dan selulit.

Selain itu, kelebihannya adalah berciri mesra pengguna juga membantu doktor dan kakitangan klinik menjalankan prosedur berkenaan.

Malah, perisian ditawarkan juga mesra pengendalian selain mudah diprogramkan. Paling penting, peranti berkenaan dibina secara ergonomik sekali gus membolehkan kita menumpukan perhatian kepada impian memiliki wajah cantik rupawan diimpikan.

INFO: Faktor penuaan

  • Paparan sinar matahari
  • Kurang minum air putih
  • Salah pilih produk perawatan wajah
  • Merokok
Berita Harian X