Khamis, 9 Februari 2017 | 1:01pm

Dua rakyat Palestin maut serangan Israel - Hamas


Anggota polis Israel memeriksa tapak lokasi bedilan roket berhampiran pusat peranginan Eilat di Laut Merah. - Foto AFP

GAZA: Dua rakyat Palestin terbunuh dan lima lagi cedera semalaman, kata gerakan Islam Hamas di sini, hari ini berikutan ketegangan yang memuncak dekat sempadan Mesir dan Israel.

Kementerian Kesihatan Gaza menyalahkan serangan udara oleh Israel.

Insiden berlaku selepas beberapa roket dibedil petang semalam dari Sinai Mesir, yang bersempadan dengan Semenanjung Gaza, berhampiran pusat peranginan Eilat di Laut Merah.

Bagaimanapun, sehingga awal hari ini tentera Israel belum mengesahkan sebarang serangan balas. - AFP

Berita Harian X