Selasa, 7 Februari 2017 | 10:07pm
KEADAAN kereta yang bertembung dengan motosikal mangsa. - Foto Ihsan Bomba

Maut tercampak di cerun


ANGGOTA bomba membawa naik mayat mangsa dari cerun. - Foto Ihsan Bomba

KAMUNTING: Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an maut tercampak ke cerun selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta Kia Sportage di Jalan Batu 10 di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting, Taufiq Abd Sattar, berkata maklumat kejadian diterima pada jam 5.39 petang.

Katanya, anggota di lokasi mendapati mangsa tercampak sedalam lima meter susulan kemalangan itu.


KEADAAN motosikal mangsa selepas bertembung dengan kereta. - Foto Ihsan Bomba

"Anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk membawa mangsa naik menggunakan pengusung. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.

Berita Harian X