Selasa, 7 Februari 2017 | 7:11am

23 maut, 34 cedera bas dan trak bertembung


TRAK yang membawa buah tembikai dilaporkan hilang kawalan dan terbabas serta masuk di laluan bertentangan. Foto EPA

TEGUCIGALPA: Sekurang-kurangnya 23 terbunuh serta 34 cedera apabila sebuah bas dan trak bertembung di luar ibu negara Honduras, Tegucigalpa, kata pegawai semalam.

Kemalangan berlaku pada lewat kelmarin apabila trak yang membawa buah tembikai dilaporkan hilang kawalan dan terbabas serta masuk di laluan bertentangan.

Ketua Perkhidmatan Trafik, Komisioner Leonal Sauceda berkata, trak berkenaan bertembung dengan bas dan merempuh tembok.

Pemandu trak ditahan sementara menunggu siasatan bagi menentukan sama ada dia memandu dengan kelajuan tidak selamat. -AFP.

Berita Harian X