Selasa, 7 Februari 2017 | 6:38am

Russia digantung menyertai Kejohanan Olahraga Dunia di London


SEBASTIAN Coe bercakap pada sidang akhbar pada mesyuarat Majlis IAAF, di Cap d'Ail dekat Monaco, Russia. - Foto EPA

CAP-D'AIL (Perancis): Russia akan terlepas Kejohanan Olahraga Dunia di London Ogos ini, selepas penggantungan terhadap negara itu dilanjutkan hari ini, kata presiden badan induk itu, Sebastien Coe.

Coe berkata, dengan penggantungan 15 bulan daripada sukan olahraga dilanjutkan pada Mesyuarat Majlis Persekutuan Olahraga Dunia (IAAF) di Cap d'Ail dekat Monaco, Russia tidak akan menyertai sukan itu sebelum November.

Coe, bekas juara Olimpik dua kali acara 1500 meter bercakap selepas Majlis IAAF meluluskan keputusan Jawatankuasa Bertindak yang mengatakan Russia "tidak bersedia untuk kembali semula."

Russia sudah digantung daripada kejohanan antarabangsa sejak November 2015 berikutan masalah doping yang didakwa mendapat bantuan kerajaan.

Penggantungan itu sudah dilanjutkan pada Mac dan kemudian hingga Jun 2016 yang menghalang atlet Russia daripada beraksi di Olimpik Rio. - AFP

Berita Harian X