Isnin, 6 Februari 2017 | 8:34pm

EGM Eco World dipinda ke 20 Februari

KUALA LUMPUR: Eco World Development Group Bhd (EW Bhd) menyemak semula tarikh dua Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), bagi memutuskan cadangan langganan sehingga 27 peratus saham dalam Eco World International Bhd (EWI) dan cadangan pengambilalihan dua bidang tanah di Pulau Pinang, kepada 20 Februari ini.

Dalam notis asal di Bursa Malaysia bertarikh 31 Januari, EW Bhd menetapkan 14 Februari bagi EGM itu, bertujuan mendapatkan kelulusan pemegang saham berhubung cadangan pembelian 149.84 hektar tanah di Seberang Prai Selatan oleh Eco Horizon Sdn Bhd membabitkan pertimbangan tunai RM875.2 juta dan cadangan langganan saham dalam EWI bernilai sehingga RM777.6 juta oleh Eco World Capital (International) Ltd, bersempena tawaran awam permulaan (IPO) EWI.

Tempat dan waktu EGM kekal pada 9.30 pagi dan 11 pagi di Bandar Puncak Alam, Selangor.

Berita Harian X