Ahad, 5 Februari 2017 | 10:18pm

Bekas penjual kaset bakal jadi Ketua Menteri


VK Sasikala. - Foto AFP

CHENNAI: Seorang bekas penjual kaset yang rapat dengan mendiang pemimpin Tamil Nadu bakal menjadi Ketua Menteri baharu negeri India itu, peningkatan luar biasa buat pendatang baharu politik.

Parti pemerintah di negeri selatan India itu mengumumkan hari ini, VK Sasikala akan menjadi pemimpin seterusnya susulan peletakan jawatan pemangku Ketua Menteri.

Khabar angin pelantikan beliau ke jawatan utama tersebar sejak Disember lalu, selepas kematian pemimpin disayangi, Jayalalithaa Jayaram pada usia 68 tahun, menyebabkan situasi politik di negeri itu menjadi tidak menentu.

Sasikala, seorang rakan rapat Jayalalithaa namun ketiadaan rekod memegang jawatan awam, tidak lama kemudian dilantik mengetuai parti pemerintah All India Anna Dravida Munnetra Kazhagam (AIADMK), memberi laluan menjawat jawatan tertinggi negeri itu.

"Beliau bakal menjadi Ketua Menteri Tamil Nadu. Seperti Amma, kami mahu seorang wanita kuat memberi khidmat kepada rakyat.

"O Pannerselvam meletak jawatan daripada tugas ketua menteri namun beliau akan terus berkhidmat untuk parti," kata jurucakap parti, C R Saraswathi.

Panneerselvam mengisi kekosongan jawatan itu sejak Oktober lalu apabila bekas bintang filem, Jayalalithaa dimasukkan ke hospital. -AFP

Berita Harian X