Sabtu, 4 Februari 2017 | 8:30pm
DUA beradik, Sasabella Zul, 12 dan adiknya Mahadir Mohd, 7 serta rakan mereka Nureen Ain Juwita Mohd Sharif, 10 lemas di kolam bekas lombong bauksit di Taman Sungai Karang. - Foto ihsan Bomba Pahang

Tiga budak lemas dalam lombong bauksit


DUA beradik, Sasabella Zul, 12 dan adiknya Mahadir Mohd, 7 serta rakan mereka Nureen Ain Juwita Mohd Sharif, 10 lemas di kolam bekas lombong bauksit di Taman Sungai Karang. - Foto ihsan Bomba Pahang

KUANTAN: Dua beradik bersama seorang lagi rakan mereka lemas dalam kolam bekas lombong bauksit di Taman Sungai Karang Jaya, di sini, petang tadi.

Mereka yang meninggal dunia dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang itu adalah adik beradik Sasabella Zulhairi, 12, dan Mahathir Mohamad, 7, serta rakan mereka, Nureen Ain Juwita Mohd Sharif, 10.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Anuar Hassan, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian itu jam 5.55 petang dan enam anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Ketika bomba tiba di lokasi kejadian, dua daripada tiga mangsa diselamatkan orang awam dan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Seorang daripada mangsa ditemui tidak lama selepas itu. Semua mangsa tinggal di Taman Sungai Karang Jaya dan dianggarkan jarak lombong bauksit dengan rumah mereka ialah kira-kira satu kilometer," katanya.

Anuar berkata, semua mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, untuk bedah siasat.

Berita Harian X