Sabtu, 4 Februari 2017 | 4:27pm

Jatuh dari tingkat tiga asrama


SEORANG pelajar tahun dua Kolej Vokasional Jasin (KV) Jasin di Jasin, patah tulang kaki, tangan, bahu dan pinggul selepas terjatuh dari tingkat tiga asramanya, malam tadi. - Foto ihsan pembaca

JASIN: Seorang pelajar tahun dua Kolej Vokasional Jasin (KV) Jasin di sini, patah tulang kaki, tangan, bahu dan pinggul selepas terjatuh dari tingkat tiga asramanya, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, Afnan Syahmi Mustaheren, 17, pelajar jurusan Pengurusan Perniagaan dipercayai terjatuh ketika memanjat balkoni ketika membantu rakannya membuka pintu bilik 3D7 yang berkunci.

Difahamkan, mangsa memanjat balkoni dari asrama 3D8 dan terjatuh ketika cuba menyeberangi balkoni itu ke dorm 3D7.

Pengarah Pendidikan Negeri, Abu Bakar Sahari, berkata mangsa masih berada di wad kecemasan Hospital Melaka dan dilaporkan stabil.

"Warden yang dimaklumkan mengenai kejadian segera menghubungi ambulans bagi menghantar mangsa ke Hospital Melaka.

"Saya difahamkan mangsa sudah boleh bercakap," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Berita Harian X