Sabtu, 4 Februari 2017 | 1:29pm

Penunggang motosikal maut digilis

TUMPAT: Seorang pesara Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan maut digilis kereta selepas terjatuh dari motosikal ditunggangnya di Kampung Kutan Hilir, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam jam 9.45 malam itu, Kamaruddin Wan Ismail, 62, maut di tempat kejadian.

Sebelum kejadian, motosikal ditunggang mangsa dikatakan bergesel dengan sebuah motosikal lain sebelum terjatuh ke kanan jalan.


MANGSA, Kamaruddin Wan Ismail.

Timbalan Ketua Polis Tumpat, Deputi Superintendan Mazuki Mat, ketika dihubungi berkata, kemalangan turut membabitkan sebuah keteta.

Katanya, semua kenderaan datang dari arah Pasir Mas menghala ke Kota Bharu.

"Motosikal mangsa dipercayai gagal dikawal lalu bergesel dengan motosikal lain.

"Kedua-dua penunggang terjatuh ke atas jalan dan pada masa sama, sebuah kereta yang berada di belakang tidak sempat mengelak berikutan terlalu dekat.

"Ia menyebabkan mangsa dirempuh kereta berkenaan," katanya di sini, hari ini.

Marzuki berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat.

Katanya, seorang lagi penunggang motosikal gagal dikesan.

"Siasatan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Berita Harian X