Sabtu, 4 Februari 2017 | 10:44am

Pertembungan tiga penjuru PRK Tanjong Datu


PILIHAN raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N3 Tanjong Datu menyaksikan pertandingan tiga penjuru (dari kiri) calon Barisan Nasional (BN), Puan Sri Jamilah Anu; calon Parti Reformasi Negeri (STAR), Johnny Bob Aput dan calon Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB), Rapelson Richard Hamit. - Foto Muhd Zaaba Zakeria **243888NSTP

LUNDU: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N3 Tanjong Datu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Reformasi Negeri (STAR) dan Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB).

Calon BN, Puan Sri Jamilah Anu akan ditentang calon PBDSB, Rapelson Richard Hamit dan calon STAR, Johnny Bob Aput.

Calon Bebas Asbor Abdullah yang turut mengemukakan borang pencalonan bagaimanapun ditolak.

Sementara itu, Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Hamsien Atar mengumumkan calon bertanding pada kira-kira jam 10.15 pagi.

11 dibaca
PEGAWAI Pengurus Pilihan Raya, Hamsein Atar mengumumkan senarai calon bertanding pada PRK Tanjong Datu di Dewan Masyarakat Lundu, pagi ini. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
Berita Harian X