Sabtu, 4 Februari 2017 | 10:25am

Lintas langsung PRK Tanjong Datu

LUNDU: Dewan Masyarakat Lundu menjadi tumpuan hari ini apabila proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu bermula jam 9 pagi ini.

Kerusi DUN Tanjong Datu kosong susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih dikenali sebagai Tok Nan akibat komplikasi jantung di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS), Kota Samarahan akibat pada 11 Januari lalu.

Dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11), 7 Mei tahun lalu, Allahyarham mengekalkan penguasaan di kerusi berkenaan, yang juga 'kubu kuat' BN Sarawak, dengan memperoleh majoriti 5,892 undi, menewaskan calon PKR, Jazolkipli Numan.

Setakat ini, balu Allahyarham, Puan Sri Jamilah Anu yang juga calon Barisan Nasional (BN) bakal menghadapi tentangan calon Parti STAR, Lina Soo.

Sekurang-kurangnya seorang calon Bebas dijangka turut mengemukakan pencalonan.

BH Online membawakan lintas langsung sekitar proses penamaan calon PRK berkenaan pagi ini.

10.20 pagi: PRK DUN Tanjong Datu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, STAR dan Parti Bansa Dayak Baru - SPR


PILIHAN raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N3 Tanjong Datu menyaksikan pertandingan tiga penjuru (dari kiri) calon Barisan Nasional (BN), Puan Sri Jamilah Anu; calon Parti Reformasi Negeri (STAR), Johnny Bob Aput dan calon Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB), Rapelson Richard Hamit. - Foto Muhd Zaaba Zakeria **243888NSTP

10.19 pagi: Pegawai Pengurus Pilihan Raya umum senarai calon bertanding pada PRK Tanjong Datu.


PEGAWAI Pengurus Pilihan Raya umum senarai calon bertanding pada PRK Tanjong Datu.

10 pagi: Tempoh penyerahan borang pencalonan ditutup.


CALON BN , Puan Sri Jamilah Anu hadir bagi menyerahkan borang penamaan calon PRK Tanjung Datu di Dewan Masyarakat Lundu. - Foto Muhd Zaaba Zakeria/Ihsan Pembaca

9.07 pagi: Calon BN, Puan Sri Jamilah Anu memasuki pusat penamaan calon.


TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diiringi Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Timbalan Ketua Menteri, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (dua dari kiri) dan anak Allahyarham Adenan Satem, Abdul Aziz Adenan (dua dari kanan) hadir pada Majlis Penamaan Pilihan Raya Kecil Tanjong Datu di Dewan Masyarakat Lundu, pagi ini. - Foto Luqman Hakim Zubir

8.57 pagi: TPM, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membaca doa sebelum menyertai perarakan penyokong BN dari Masjid Darul Takwa ke Pusat Penamaan Calon PRK Tanjong Datu di Dewan Masyarakat Lundu.


CALON Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR) PRK Tanjong Datu, John Aput. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

8.56 pagi: Calon Parti Reformasi Negeri (STAR) tiba di luar pusat penamaan calon.


TPM aminkan doa.

8.55 pagi: Anak lelaki sulung Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, Abdul Aziz Adenan turut kelihatan di Masjid Darul Takwa, Lundu bagi membantu kempen ibu beliau.

8.50 pagi: TPM, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang diiringi Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg tiba di Masjid Darul Takwa, Lundu untuk bertemu penyokong BN.

8.40 pagi: Lebih 2,000 penyokong berkumpul di Masjid Darul Takwa, Lundu bagi memberikan sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN), Puan Sri Jamilah Anu.


LEBIH 2,000 penyokong berkumpul seawal jam 8 pagi tadi di Masjid Darul Takwa, Lundu bagi memberikan sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN), Puan Sri Jamilah Anu.

8.15 pagi: Calon Bebas, Asbor Abdullah memasuki pusat pencalonan


CALON Bebas, Asbor Abdullah. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

8.10 pagi: Calon Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB), Rapelson Richard Hamit memasuki pusat pencalonan di Dewan Masyarakat Lundu.


CALON Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB), Rapelson Richard Hamit.

Berita Harian X