Jumaat, 3 Februari 2017 | 8:56am

Elak mengantuk dengan Smart Alert


ALAT amaran mengantuk dikenali Smart Alert keluaran Smart Synergy Ventures Sdn Bhd.

BERDASARKAN kajian oleh Malaysia Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), majoriti kemalangan jalan raya yang berlaku adalah berpunca daripada kecuaian manusia.

Antara faktor utama menyumbang ke arah itu adalah keadaan yang mana pemandu kenderaan memandu di dalam keadaan kurang rehat dan mengantuk.

Jadi, adalah lebih baik pemandu mencari alternatif lain untuk mengelakkan perkara ini berlaku, terutama ketika pulang ke kampung halaman ketika musim perayaan.

Bagi mengawal situasi mengantuk, satu mekanisme pencegahan diperkenalkan Smart Synergy Ventures (SSV) alat amaran mengantuk dikenali "Smart Alert".

Alat keselamatan ini adalah peranti ditempatkan atau dipasangkan di telinga pemandu seperti "Hearing Aid" atau "Bluetooth Headset".

Ia berfungsi untuk membantu pemandu kenderaan mengelakkan kemalangan jalan raya dengan memberikan atau mengeluarkan bunyi amaran atau getaran (sound /vibration) sekiranya pemandu berada di dalam keadaan mengantuk dan hampir terlena/terlelap ketika memandu.

Berfungsi berdasarkan prinsip "Electronic Balanced" yang mana bertindak balas serta merta sekiranya berlaku pergerakan kepada kepala pemakai.

Adalah disarankan setiap pemandu kenderaan memiliki alat ini semasa memandu sebagai langkah berjaga-jaga dan pemberi amaran supaya mengelakkan pemanduan dalam keadaan mengantuk dan tidak stabil.

Ini seterusnya akan dapat mengelakkan dari berlakunya kemalangan jalan raya dan mengurangkan risiko nyawa dan harta benda bukan saja kepada pemandu, penumpang malah nyawa dan harta awam serta pengguna jalan raya lain.

Info:
Smart Alert

  • Harga sekitar RM35
  • Dua jenis model "SS125-Sound" (Bunyi) dan "SV120-Vibration" (Getaran)
  • Panjang 60mm X lebar 70mm X ketebalan 15mm
  • Sumber Kuasa : Bateri DC 3V
19 dibaca
Berita Harian X