Sabtu, 20 Disember 2014 | 4:09pm

Piala AFF: Saya mahu robek gawang Harimau lagi - Adisak


ADISAK Kraisorn (kanan) pada sesi latihan pasukan Thailand menjelang perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam. - Foto Osman Adnan

KUALA LUMPUR: Pemain lincah Thailand, Adisak Kraisorn menjaringkan dua gol ketika membantu pasukannya menewaskan Malaysia dalam saingan peringkat kumpulan di Singapura, bulan lalu.

Malam ini, pemain kelahiran Buriram itu bertekad untuk membolosi gawang skuad Harimau Malaya sekali kali dalam final kedua, Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

"Saya mahu jaringan gol untuk meningkatkan moral pasukan," katanya.

Pemain yang kini beraksi untuk kelab BEC Tero Sasana dalam Liga Perdana Thailand beranggapan bola sepak bukan permainan individu dan mengharapkan bantuan rakan sepasukan untuk berjaya kali ini.

Kraisron, 23, tidak dapat menemui sasaran dalam perlawanan final pertama di Bangkok, Rabu lalu tetapi bertekad mahu menyumbat satu gol di Bukit Jalil, malam ini.

Pemain itu turut beranggapan peluang Thailand untuk menang pada malam ini bertambah baik.

Namun, dia mahu mengingatkan setiap rakan sepasukan agar jangan leka dalam perlawanan nanti kerana tuan rumah mampu membuat kejutan lagi.

Apa pun, Kraisorn sekali lagi boleh menjadi penyerang yang bakal memberi masalah untuk skuad negara pimpinan Dollah Salleh.

Sejak mewakili skuad senior Thailand pada 2013 dia juga berjaya menjaringkan enam gol daripada tujuh kemunculan.

Berita Harian X