Khamis, 2 Februari 2017 | 8:30pm
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memadam kebakaran di Kilang Lee Sing Logistic di Kawasan Perindustrian Tanjong Kidurong, Bintulu. - Foto ihsan Jabatan Bomba Dan Penyelamat

Kilang simpanan terbakar


ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memadam kebakaran di Kilang Lee Sing Logistic di Kawasan Perindustrian Tanjong Kidurong, Bintulu. - Foto ihsan Jabatan Bomba Dan Penyelamat

BINTULU: Sebuah kilang penyimpanan pelbagai barangan di kawasan perindustrian Kidurong terbakar lewat petang tadi.

Kebakaran kilang Lee Sing Logistic Sdn Bhd dikesan berlaku pada jam 6.41 petang oleh pekerja kilang berkenaan, lalu menghubungi bomba.

Pegawai Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu, Azman Johari berkata, tiga jentera bomba dihantar ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran itu.

"Api berjaya dikawal sepenuhnya sejam kemudian dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

"Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat,"  katanya sebentar tadi. 

Berita Harian X