Khamis, 2 Februari 2017 | 1:43pm
KEADAAN bas ekspres yang merempuh belakang lori di Kilometer 185.6 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, di Jasin, malam tadi. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

5 cedera bas rempuh lori


KEADAAN bas ekspres yang merempuh belakang lori di Kilometer 185.6 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, di Jasin, malam tadi. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

JASIN: Lima cedera apabila sebuah bas ekspres merempuh belakang lori di Kilometer 185.6 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, bas berkenaan yang membawa 10 penumpang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura, sebelum merempuh belakang lori membawa muatan bikarbonat.

Bagaimanapun, pemandu lori berusia 64 tahun tidak cedera.

Pemandu bas hanya mengalami luka di kedua-dua kaki, manakala empat penumpang lain berusia antara 26 hingga 34 tahun cedera ringan.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Mohd Sham Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu berkata, semua mangsa di bawa ke Hospital Jasin untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar.

"Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas, Akta Pengangkutan Jalan 166/59," katanya.

Berita Harian X